16 September 2013

Percutian Bajet ke Manukan, Mamutik & Sapi Island

Assalammualaikum and hai semua.
Cuba kira berapa dekad dah Asfa tak update blog since last post ' again and again ' hari tu ?
See, Asfa dah tulis dah yang Asfa ni sibuk, tak ada masa nak update blog and Asfa jugak bukan penulis blog tegar, tulis pun ikut mood dan bila ada ilham je. ececece, okay tipu. Kata lainnya senang, PEMALAS

Okay, kat sini Asfa cuma nak share percutian Asfa selama 1 hari di Pulau Manukan, Mamutik dan Sapi di Kota Kinabalu, Sabah. Perkongsian Asfa ni juga mungkin berguna untuk sesiapa yang ingin merancang percutian mereka di Sabah tanpa menggunakan khidmat ejen. Percutian yang sangat bajet tanpa menggunakan kos yang banyak. Untuk student-student UiTM Kota Kinabalu juga, malah student2 UMS juga boleh menggunakan tips yang x macam tips sangat ni.

Okay, korang tau kan yang pulau2 kat sabah ni merupakan antara pulau yang sangat cantik di south Asia malah maybe kalau nak dibandingkan dengan pulau2 lain di dunia mungkin boleh dikatakan di Sabah antara yang sangat cantik dan awesome. Serius tak tipu. Tak percaya check google boleh tengok sendiri betapa indahnya. Sesuai untuk destinasi bulan madu dan percutian bersama keluarga dan teman-teman. 

Asfa rancang untuk pergi Island Hoping ni pun last minute dengan housemate dan tak sangka last minute plan yang sangat menjadi. Kalau boleh sebelum tamat study kat sini, nak round semua tempat tempat menarik kat Sabah ni. Itu pun masih bergantung kepada keadaan kewangan, maklum, student, duit banyak nak pakai, duit tiket flight nak balik semenanjung lagi, duit buku lagi, belum masuk makan minum kat sini yang sebenarnya memang sangat mahal nak dibandingkan masa Asfa study kat UiTM Kedah dulu.

Okay, Straight to the point, perjalanan kami dari rumah kami di Indah Permai, Sepanggar. Kami ambik bas dari Sepanggar ke Terminal Wawasan KK hanya membayar tambang RM1, sampai di Terminal Wawasan kami menaiki City Bus iaitu bas yang dikhaskan hanya untuk perjalanan sekitar bandar Kota Kinabalu dengan tambang 50 Sen. Cakap je kat konduktor bas tu nak ke Jesselton Point , nanti dia stop kat situ. Sampai je di Jesselton Point, kami terus masuk ke tempat membeli tiket bot. Masuk bab beli tiket ni korang kena pandai tawar, sebab kat situ banyak kaunter dan agensi2 yang jual tiket bot untuk pulau, so korang kena pandai cari yang murah yang menyediakan sekali barang untuk snorkelling. Kaunter tu macam kaunter jual tiket bas yang ada banyak2 kaunter, so kalau rajin korang tanya lah satu2 kaunter berapa harganya. Untuk student, normal price korang boleh dapat around RM45-50 siap barang untuk snorkelling round 3 pulau. Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi. Kalau tak dulu, Pulau Suluk termasuk dalam pakej, tapi disebabkan kerajaan masih lagi tidak membenarkan pelancong datang ke sana, jadi hanya 3 pulau sahaja.Kalau korang bukan student, Asfa tak pasti berapa the exact price tapi tak silap hanya sekitar RM50-RM60. Harga masih boleh dirunding bah.

Okay, destinasi pertama kami,  Pulau Mamutik. Kat sini, kami tukar baju ( untuk pengetahuan, semua pulau ada disediakan bilik persalinan, tandas, shower room ) dan memulakan aktiviti kami iaitu snorkelling. Kat Pulau Mamutik yang tak bestnya terlalu banyak batu karang di dasar dan kena hati hati melangkah, kalau silap langkah kaki boleh terluka macam Faikah, kawan Asfa kena. Banyak sangat ikan boleh tengok. bermacam jenis warna, saiz dan bentuk ikan, yang menariknya ikan nemo pun boleh nampak depan mata sendiri. SubhanaAllah, memang sangat-sangat cantik. Around 11.45 am camtu kami naik sebab tiket kami tulis pukul 12 bergerak ke Pulau Manukan.

  Sampai di pulau Manukan dalam keadaan matahari tegak di atas kepala. Memang panas sangat tapi masih ramai juga pelancong pelancong yang sanggup turun ke laut, tengok ikan, snorkelling. Pada awalnya, Asfa ambil keputusan nak duduk je jaga barang kat seat dengan Lala dan Fizan di sebabkan cuaca yang panas takut sunburn kat muka, tapi almaklum, Asfa memang pantang dengan semua aktiviti yang melibatkan air, kena turun jugak bila tengok Fai, Fatin, Fatin arifah dan Uya semangat turun. Niat Asfa kat Pulau Manukan nak swim je sampai ke tempat yang dalam so confident tak bawak life jacket dan google snorkelling. Yang bestnya, Asfa jadi coach kat diorang bawak diorang sampai tempat tak boleh cecah kaki tanpa pakai apa-apa. yeayhh, skill berenang masih ade lagi tu bahh. Yess, untuk perenang -perenang, penerjun penerjun, Pulau Manukan adalah Pulau yang sesuai nak test skill tu sebab keadaan air yang dalam, lagi dalam perginya, lagi banyak ikan cantik-cantik boleh tengok, and batu-batu karang pun tak banyak sangat, jadi confident skit nak pijak dasar tu.

   Around 1.30 bot untuk pergi ke Pulau Sapi ambil kami. Masa tu cuaca macam dah redup skit sebab mungkin kerana cuaca nak hujan. Sampai je Pulau Sapi masa tu air tengah pasang and sangat-sangat best untuk berenang dah melihat keindahan  ikan-ikan di laut untuk sesapa yang berani sampai ke tengah tu lahh. Kat Pulau Sapi ni enjoy sikit mandinya sebab pulau nya pun kecik je, tak besar macam Manukan dan Mamutik. Overall,  memang tersangat enjoy lah pusing 3 pulau ni, tak rugi sangat pergi and habis around RM50 pergi ke sana. Untuk sesiapa yang bercadang untuk bercuti ke sini, please jangan terlepas untuk ke pulau-pulau di Kota Kinabalu ni selain dari Kundasang, Tamparuli, rumah terbalik dan lain-lain.

  photo 2013-04-07080658_zps1f8fb3de.jpg
See, tepi2 laut pun boleh tengok ikan-ikan camni tau. Macam-macam jenis ikan. Ikan Nemo pun boleh jumpa. Pencinta pencinta ikan sekalian, tak rugi korang pergi sini, believe me :)

 photo IMG_20130914_115750_zps477bad7c.jpg
Ni di jeti Jesselton Point. Time Asfa pergi ni ramai jugak orang yang bercuti. Lagi ramai orang lagi seronok sebenarnya :) Asfa dengan Faikah dan Fatin, kenal since zaman diploma di UiTM Kedah. Kat UiTM sabah ni baru rapat, they call me sombong dulu. haha. Tak kenal maka tak cinta. :)
  photo IMG-20130914-WA0034_zps06dee601.jpg
Tak pasti ni pulau apa, sebab semua pulau view nya seakan akan macam ni je. Cantik !

tetibe sesat gambar ni.! haha. Gambar ni dalam bas. Actually time kitorg pergi ni on 14 September is her birthday ! so, sambut sekali kat island. Mampu sambut birthday kat island gituuuu :)
  photo IMG-20130914-WA0051_zpscdc75980.jpg 
Housemate dan classmates tersayang. ! Fizan, Fatin, Fai, Lala and Arifah. Ade sorang lagi tukang tangkap gambar. Uya :)
  photo IMG-20130914-WA0121_zpsbf93f92a.jpg 
Uya and Fatin. p/s : not available :)
  photo IMG-20130914-WA0124_zpsa3eb642b.jpg 
Faikah and Fizan in Sapi Island ! :)
Banyak jugak gambar Asfa nak share kat korang, tapi sebabkan keadaan internet yang tak mengizinkan, hanya sedikit boleh Asfa share kat sini, tapi overall memang sangat2 best. Wishlist Asfa one day teringin nak bawak kawan-kawan geng kita-kita Irda, Aqmil, Bob, Fatin, Afiqah, Tika and Alya datang sini. Kita vacation ramai-ramai kat sini .  Rindu sangat kat korang, masing2 dah sibuk dengan study and kerja, semuanya berpisah . 
Kalau korang ada apa2 persoalan, sila lah email asfa ye.
asfarina_pinkluv92@yahoo.com 

10 February 2013

AGAIN AND AGAIN AND AGAIN.

Hai,
Assalammualaikum semua,

Ramai ter tanya tanya kan, mane menghilang nya Asfa oiii, mane pergi dah berbulan x update blog, sampai lupe password dah. kuikuikui.

Okay, Asfa pun x tau nak jawab apa dah, just Asfa nak start everything balik.. rasa macam post2 sebelum ni nonsense je, banyak merepek, merapu, meraban.

Ohh, yeayh, this month ramai kawan Asfa yang dah bertunang and bakal melangsungkan pertunangan dan ade juga yang nak nikah dah, Tahniah sangat diucapkan. Asfa bila lagi ? nanti lah, xde feel lagi :)

okay, ade mase, ade cerita asfa update lgi ye.

Assalammualaikum.